awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular gaduh: Polis berjaya tahan penunggang motosikal

Aida Aziz
Aida Aziz
22/06/2022
09:18 MYT
Video tular gaduh: Polis berjaya tahan penunggang motosikal
Sebelum ini media melaporkan, polis mencari penunggang motosikal yang didakwa terlibat dalam video tular berkenaan. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Jalan Kuala Kangsar dekat sini, yang menjadi tular, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 50 tahun itu ditahan pada jam 3 petang semalam oleh sepasukan polis Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal yang disyaki ditunggang oleh suspek semasa kejadian untuk dijadikan sebagai barang kes dalam siasatan.
"Lelaki berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
"Hasil semakan pihak polis mendapati suspek tersebut memiliki enam rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan, termasuk kesalahan jenayah narkotik.
"Pihak polis telah berjaya memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek tersebut selama tiga hari, bermula hari ini hingga Jumaat.
"Kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Video tular gaduh: Polis cari penunggang motosikal
Yahaya turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan bertoleransi.
Sebelum ini media melaporkan, polis mencari penunggang motosikal yang didakwa terlibat dalam video tular berkenaan.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Jalan Kuala Kangsar arah Chemor pada jam kira-kira 10.15 pagi, Ahad lalu.
Topic Berkaitan
#kes tular
#gaduh di jalan raya
#penungang motosikal
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan