awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
Penulis blog Murray Hunter mohon maaf, tarik balik artikel berunsur fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis

Bernama
Bernama
13/01/2026
14:43 MYT
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
PENAMPANG: Polis mengesahkan sebuah ladang penternakan buaya di daerah ini yang tular menerusi satu klip video berkaitan habitat reptilia itu, beroperasi secara sah.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata bertindak atas maklumat video berdurasi satu minit itu, sepasukan anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di ladang berkenaan.
Beliau berkata siasatan mendapati video tular itu dipercayai dirakam berhampiran ladang penternakan terbabit.
"Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dan memiliki lesen penternakan serta lesen jual beli daging buaya yang sah, yang dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah.
"Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sammy berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ladang ternak buaya
#Penampang
#lesen penternakan
#polis
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan