awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis minta saksi dakwaan cubaan culik di Genting tampil bantu siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2025
04:30 MYT
Video tular: Polis minta saksi dakwaan cubaan culik di Genting tampil bantu siasatan
Individu terbabit mendakwa dua anaknya hampir dilarikan oleh tiga orang termasuk seorang wanita dipercayai warga asing ketika berada di pusat peranginan itu. - Gambar/ Sinar Harian
BENTONG: Polis Bentong meminta pemilik video tampil bagi membantu siasatan susulan penularan video yang mendakwa berlakunya kejadian cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands.

Ringkasan AI
  • Polis Bentong meminta pemilik video yang tular di TikTok tampil membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands.
  • Video berdurasi 18 saat itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @awiegerbangmalam, namun sehingga 10 Jun, tiada laporan polis rasmi diterima berkaitan kejadian tersebut.
  • Individu terbabit mendakwa dua anaknya hampir dilarikan oleh tiga orang termasuk seorang wanita dipercayai warga asing ketika berada di pusat peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, video berdurasi 18 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @awiegerbangmalam.
Menurutnya, pihak polis mengesan penularan video tersebut kira-kira jam 8.30 malam pada Isnin.
“Siasatan awal mendapati tiada sebarang laporan polis diterima setakat 10 Jun (Selasa).
“Kita memohon mana-mana pihak yang mengalami kejadian seperti ini hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Sementara itu, di platform TikTok milik individu terbabit, beliau mendakwa dua anaknya yang berusia empat dan tujuh tahun hampir dilarikan ketika berada di pusat peranginan terkenal tersebut.
Dakwanya, terdapat tiga individu yang dikenal pasti termasuk seorang wanita dipercayai warga asing dalam cubaan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#cubaan culik
#video tular
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan