Program Fellowship Volunteering for the International Professional (VIP) 4.0 akan diperluaskan ke tiga negara ASEAN yang menerima kurang tumpuan seperti Laos, Vietnam dan Myanmar mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata langkah ini akan membantu negara-negara berpendapatan rendah di ASEAN mendapat manfaat, yang seterusnya, akan memperbaiki kehidupan masyarakat mereka.
Katanya, program VIP, yang telah dijalankan sejak tiga tahun lepas, kini sedang diadakan di Kemboja dan Indonesia.
Pengembangan idea bagi tahun keempat telah dibuat berikutan kejayaan program-program VIP di negara berkenaan di bawah Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), katanya lagi.
"Kita perlu membantu masyarakat di Laos, Vietnam dan Myanmar, khususnya Rohingya.
"Itulah sebabnya mengapa Malaysia menawarkan bantuan untuk menyediakan sebuah hospital di Cox Bazar dengan kemudahan moden untuk mereka. Saya diberitahu masyarakat Rohingya ini, tidak mahu keluar dari hospital tersebut," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Program Fellowship VIP di sini hari ini.
Mohd Irwan berkata program itu telah memberi kesan kepada 25,105 penerima faedah di Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia sejak tiga tahun lepas.
Sebanyak 29 warga asing dan 19 penduduk tempatan menyertai program VIP 2017, bekerja dalam 10 projek berimpak lestari di seluruh ASEAN khususnya di bandar dan desa.
Katanya, program VIP ini bertujuan untuk mengumpul golongan profesional bagi menyumbang kepakaran mereka kepada pembangunan sosial serta ekonomi Malaysia dan ASEAN melalui aktiviti-aktiviti sukarelawan.
Mohd Irwan, yang juga hadir bagi menutup program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M), menambah kerajaan sentiasa memberikan rakyat Malaysia peluang untuk meningkatkan kemahiran diri mereka dan berusaha ke arah visi Transformasi Nasional 2050 (TN5O).
Beliau berkata ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia antara negara terbaik dalam pembangunan ekonomi, kesejahteraan hidup rakyatnya dan inovasi.
"Kita mahu memperbaiki standard Bahasa Inggeris dengan mengajar kemahiran asas komunikasi dalam bandar dan luar bandar yang akan meningkatkan peluang mencari kerja serta mempromosikan perniagaan dalam pertumbuhan negara untuk membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju daripada aspek ekonomi.
Program BI1M program menggunakan kembali perkhidmatan bekas-bekas guru, pesara dan pengalaman graduan-graduan yang baru bekerja sebagai fasilitator tempatan. Ia membabitkan lebih 218 acara komuniti dan telah memberi kesan kepada 15,485 individu sejak dua tahun lepas.
Pada majlis itu, Mohd Irwan turut menyampaikan sijil kepada sukarelawan dan peserta-peserta program.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2017
Mohd Irwan berkata, program VIP akan diperluas ke negara ASEAN seperti Laos, Vietnam dan Myanmar. - Gambar fail Astro AWANI
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
VIP Fellowship dikembangkan ke Laos, Vietnam dan Myanmar - Mohd Irwan
Program Fellowship Volunteering for the International Professional (VIP) 4.0 akan diperluaskan kepada tiga negara ASEAN yang menerima kurang tumpuan seperti Laos, Vietnam dan Myanmar mulai tahun depan