Skip to main content

Malaysia

VOC, VOI COVID-19 dikesan di semua negeri, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM

81584773110_TBcoronavirus.jpg
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, virus COVID-19 jenis VOC dan VOI telah dikesan di semua negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian B.1.351.

Berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Isnin;

1) Jumlah kes positif COVID-19 dicatatkan sejak 24 jam lalu berkurang kepada 6,824 kes.

2) Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,111 kes, diikuti Kelantan (695), Sarawak (654) dan Kedah (464).

3) Angka kematian pula adalah 67 dengan jumlah keseluruhan 2,796

4) Jumlah kes sembuh hari ini adalah 5,251 kes dengan jumlah kes sembuh ketika ini adalah 490,038 kes.

5) KKM mengenal pasti sebanyak 119 kes COVID-19 yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI).

Advertisement

Must Watch Video