awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakaf PPZ kini dikenali Wakaf Wilayah Persekutuan

Bernama
Bernama
09/12/2025
09:30 MYT
Wakaf PPZ kini dikenali Wakaf Wilayah Persekutuan
Mohd Na'im (dua,kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Wakaf Wilayah Persekutuan Dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Tunai di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini menjenamakan semula Wakaf PPZ kepada Wakaf Wilayah Persekutuan bagi melambangkan aspirasi pembangunan wakaf yang lebih luas dan inklusif.

Ringkasan AI
  • PPZ-MAIWP menjenamakan semula Wakaf PPZ kepada Wakaf Wilayah Persekutuan bagi memperluaskan pembangunan wakaf.
  • Penjenamaan itu bertujuan agar pengurusan wakaf lebih dikenali, jelas, dan mudah diakses oleh masyarakat.
  • Kutipan wakaf tunai meningkat dengan RM7.909 juta terkumpul daripada 11,121 pewakaf, tetapi masih ada 35 projek wakaf yang memerlukan dana berjumlah RM413 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata penjenamaan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 5 Sept lepas.
Beliau berkata walaupun prestasi kutipan wakaf amat memberangsangkan, PPZ-MAIWP menyedari identiti semasa sering mengelirukan masyarakat kerana nama Wakaf PPZ lebih sinonim dengan kutipan zakat semata-mata.
"Penjenamaan semula Wakaf Wilayah Persekutuan menjadi langkah strategik untuk memastikan pengurusan wakaf mudah dikenal, jelas fungsinya dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat," katanya pada majlis pelancaran penjenamaan semula Wakaf Wilayah Persekutuan dan penyerahan sumbangan wakaf tunai di sini hari ini.
Penjenamaan itu melibatkan penggunaan logo dan warna identiti baharu, pertukaran portal rasmi kepada www.wakafwilayah.com.my, penyeragaman platform media sosial serta pengukuhan saluran digital bagi memudahkan urusan pewakaf.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata sejak PPZ-MAIWP diberikan mandat mengutip wakaf tunai bermula Disember 2022, kutipan dan jumlah pewakaf terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Beliau berkata sebanyak RM7.909 juta wakaf tunai berjaya dikutip melibatkan 11,121 pewakaf bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Mohd Na'im berkata 11 projek wakaf telah mencapai sasaran kutipan, namun sehingga kini, masih terdapat 35 projek wakaf yang memerlukan dana wakaf dianggarkan berjumlah RM413 juta.
Pada majlis itu, 12 syarikat korporat turut menyerahkan sumbangan wakaf tunai berjumlah RM657,508.31 kepada Wakaf Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
#Wakaf PPZ
#Wakaf Wilayah Persekutuan
#penjenamaan semula
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan