awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu solat Subuh di Melaka dilewatkan lapan minit - Mufti

Bernama
Bernama
30/12/2019
14:12 MYT
Waktu solat Subuh di Melaka dilewatkan lapan minit - Mufti
Walaupun penyelarasan waktu solat subuh dilewatkan lapan minit perlu dibuat seluruh negara, kata putus adalah tertakluk kepada negeri-negeri. - Gambar hiasan
Waktu solat subuh di negeri ini dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa serta merta, kata Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka.
"Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov (lepas) memutuskan bahawa perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit membabitkan seluruh negara.
"Kita telah sokong perkara itu dalam Jawatankuasa Fatwa dan pemakluman pelaksanaannya dikeluarkan hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Isnin.
Pada 29 Nov lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilaporkan berkata walaupun penyelarasan waktu solat subuh dilewatkan lapan minit perlu dibuat seluruh negara, kata putus adalah tertakluk kepada negeri-negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hal ehwal agama islam
#jawatankuasa muzakarah
#Melaka
#Mufti Melaka
#solat subuh
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan