awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah dipangil ke Bukit Aman petang ini

Bernama
Bernama
28/01/2022
03:23 MYT
Wan Azizah dipangil ke Bukit Aman petang ini
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 3 petang ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' ditulis bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
"Ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Sebelum ini media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Dis lepas.
Pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat siasatan awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.
Tommy menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana dikatakan mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Azizah Wan Ismail
#Bukit Aman
#'My Story Justice in the Wilderness
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan