awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah lancar buku biografi Tan Sri Asiah Abu Samah

Bernama
Bernama
17/05/2023
05:40 MYT
Wan Azizah lancar buku biografi Tan Sri Asiah Abu Samah
Dr Wan Azizah ketika melancarkan buku biografi bertajuk "Tan Sri Asiah Abu Samah A Women of Substance" di Persatuan Alumni Universiti Malaya Clubhouse hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan buku biografi bertajuk "Tan Sri Asiah Abu Samah A Women of Substance" di Persatuan Alumni Universiti Malaya Clubhouse di sini.
Buku mengandungi 203 halaman itu menceritakan perjalanan kerjaya tokoh pendidikan negara itu dan merupakan penghormatan terhadap kepimpinan, visi dan sumbangan beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia wanita pertama.
Buku tersebut ditulis dan diselenggara oleh lima bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) iaitu Sharifah Maimunah Syed Zain, Asma Abdullah, Rodziah Ahmad Tajuddin, Rozita Rosli dan Naziah Nawawie.
Dr Wan Azizah dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada sumbangan Asiah yang juga merupakan bekas gurunya ketika menuntut di TKC dan antara individu yang membentuk dan mencorakkan peribadinya.
"Buku ini akan menceritakan siapa Tan Sri Asiah yang kita kenal dan kita tidak kenal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Azizah Wan Ismail
#Asiah Abu Samah
#buku biografi
#A Women of Substance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan