KUALA LUMPUR: Mesyuarat Transformasi Parlimen hari ini bersetuju memberi mandat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan mengenai semua urusan penyediaan melibatkan transformasi Parlimen.
Bahagian Komunikasi Parlimen Malaysia dalam kenyataan media memaklumkan perkara itu melibatkan Akta Suruhanjaya Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.
"Semua ini harus diselesaikan sebelum sesi Parlimen akan datang. Parlimen Malaysia akan menjadikan perkara ini sebagai keutamaan dan sentiasa menyokong serta bekerjasama bagi menjayakan agenda ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Parlimen hari ini susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Jun lepas.
Mesyuarat itu turut dihadiri Wan Junaidi, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.
"Dimaklumkan dalam mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Transformasi Parlimen telah mengemas kini Rang Undang-Undang Suruhanjaya Parlimen yang baharu dan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta telah dimajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," menurut kenyataan itu.
Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju pada dasarnya dengan cadangan dan perakuan Jawatankuasa Transformasi Parlimen supaya Parlimen Malaysia berfungsi mengikut dasar pengasingan kuasa seperti diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang kendiri serta pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Mesyuarat Transformasi Parlimen bersetuju memberi mandat kepada Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan mengenai semua urusan penyediaan melibatkan transformasi Parlimen. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 123 penerima
Mendahului senarai 10 penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri" ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang.
Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Abdul Taib
Katanya, dalam tempoh perkhidmatan kerajaan yang luar biasa selama 51 tahun, Abdul Taib sinonim dengan pembangunan luar biasa Sarawak.
Pengganti Speaker Dewan Negara telah diputuskan - Fahmi
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Calon Speaker Dewan Negara sudah dimuktamadkan - Fahmi
Kerajaan sudah memuktamadkan nama Speaker Dewan Negara dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum sidang Dewan bermula.
Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
TYT Sarawak bertemu wakil ketua agama UNIFOR
Tun Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR.
Wan Junaidi tokoh berjasa besar pada Sarawak, Malaysia - Fadillah
Pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan semalam bersesuaian dengan jasa dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara secara keseluruhan.