KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.
Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di sini hari ini.
Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028.
Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.
Pada istiadat sama, Wan Junaidi turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
Istiadat pengurniaan turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Wan Junaidi dilahirkan di Kampung Pendam (kini Sadong Jaya), Sarawak pada 1 Feb 1946. Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1964 sebelum berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari 1968 hingga 1973, dan dalam tempoh itu beliau juga pernah bertugas di Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom).
Beliau mula berkecimpung dalam arena politik pada 1990 selepas memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelapan yang dipertahankannya untuk dua penggal seterusnya, sebelum berpindah ke Parlimen Santubong pada PRU ke-11 pada 2004 yang berjaya dipertahankannya untuk empat penggal berturut-turut sehingga 2022.
Di peringkat Persekutuan, anak jati Sarawak itu pernah menyandang beberapa jawatan menteri antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2015, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2015 hingga 2018) dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2020 hingga 2021) selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (2021 hingga 2022)
Beliau juga pernah dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari 2008 hingga 2013 dan Yang Dipertua Dewan Negara pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.- Foto Bernama
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 123 penerima
Mendahului senarai 10 penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri" ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang.
Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Abdul Taib
Katanya, dalam tempoh perkhidmatan kerajaan yang luar biasa selama 51 tahun, Abdul Taib sinonim dengan pembangunan luar biasa Sarawak.
Pengganti Speaker Dewan Negara telah diputuskan - Fahmi
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Calon Speaker Dewan Negara sudah dimuktamadkan - Fahmi
Kerajaan sudah memuktamadkan nama Speaker Dewan Negara dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum sidang Dewan bermula.
Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
TYT Sarawak bertemu wakil ketua agama UNIFOR
Tun Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR.
Wan Junaidi tokoh berjasa besar pada Sarawak, Malaysia - Fadillah
Pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan semalam bersesuaian dengan jasa dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara secara keseluruhan.