KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.
Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Wan Saiful selaku pemohon memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu di bawah Seksyen 173 (g) Kanun Tatacara Jenayah.
"Anak guam saya ingin membangkitkan bantahan awal terhadap pertuduhan-pertuduhan dihadapinya dan permohonan ini disokong dengan afidavit sokongan pemohon serta ia telah diserahkan kepada pihak pendakwaan," kata Amer Hamzah pada pengurusan kes hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali pula berkata pihaknya menerima salinan notis permohonan itu pada 29 Mei lepas melalui e-mel dan pendakwaan memerlukan masa membalas notis itu pada atau sebelum 9 Jun ini.
Menurut Mohd 'Afif, pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pembelaan.
Mahkamah menetapkan 27 Jun untuk mendengar permohonan itu.
Berdasarkan notis itu, Wan Saiful memohon mahkamah mengeluarkan suatu perintah supaya pertuduhan terhadapnya diketepikan atas alasan pertuduhan berkenaan adalah defektif.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek "Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur" daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.
Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.
Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Wan Saiful memohon mahkamah mengeluarkan suatu perintah supaya pertuduhan terhadapnya diketepikan atas alasan pertuduhan berkenaan adalah defektif. - Gambar fail

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Wan Saiful berjaya dapatkan pasport untuk lawatan kerja ke Jepun
Ia bagi membolehkan beliau mengikuti urusan rasmi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Malaysia ke Jepun.

Wan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta
atuk Wan Saiful Wan Jan gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Wan Saiful bercita-cita jadi KM Pulau Pinang - Nie Ching
Teo Nie Ching memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful yang dilihat cuba mencampuri urusan DAP.

'Jangan perasan, tiada siapa pun jemput hang masuk DAP' - Anthony balas Wan Saiful
Tiada sesiapa pun yang menjemput Wan Saiful Wan Jan untuk menyertai DAP, kata Anthony Loke.

'Sampai mati pun saya tak ingin jadi Setiausaha Agung DAP'
Wan Saiful mengakui, selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor, beliau menerima banyak maklumat mengenai Pulau Pinang.

Wan Saiful tidak perlu jaga tepi kain orang - Anthony
Loke berkata, Wan Saiful tidak sepatutnya mencampuri urusan DAP terutamanya dalam soal calon yang akan bertanding dalam PRN nanti.

Wan Saiful mohon batal pertuduhan dihadapinya, keputusan 21 Julai depan
Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan bantahan awal di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk membatalkan dua pertuduhan rasuah dihadapinya berkait Program Jana Wibawa.

Pencemaran sungai: Kalau nak harap Kerajaan Pulau Pinang, 'confirmed' gagal - Wan Saiful
Jelas Wan Saiful, masalah di sungai terbabit dikesan berpunca daripada ladang babi yang terletak di kawasan berdekatan.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
Datuk Wan Saiful Wan Jan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perundangan membabitkan dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya.