awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'

Bernama
Bernama
12/02/2025
06:10 MYT
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Kemalangan berlaku ketika mangsa menyertai konvoi melibatkan 25 peserta warga Brunei dalam pergerakan dari Kuala Lumpur ke Tasik Bera sebelum kembali semula ke ibu negara. - Gambar/ PDRM
KUANTAN: Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, warga Brunei Ili Aiman Abd Rahman, 38, meninggal dunia pada 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Bera.
Beliau berkata kemalangan berlaku ketika mangsa menyertai konvoi melibatkan 25 peserta warga Brunei dalam pergerakan dari Kuala Lumpur ke Tasik Bera sebelum kembali semula ke ibu negara.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda Rebel 500 dari bandar Kerayong menghala ke Mayam.
"Apabila sampai di tempat kejadian semasa melalui selekoh, motosikal berkenaan dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan kemudian berlanggar dengan sebuah lori," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkiflee berkata pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 28 dan 40 tahun mengalami kecederaan ringan serta dirawat sebagai pesakit luar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konvoi motosikal
#kemalangan maut
#warga Brunei
#selekoh Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan