awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera di paha ditikam penyamun

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2021
01:23 MYT
Wanita cedera di paha ditikam penyamun
Pisau yang terpacak di paha kanan mangsa ketika menunggu pasukan perubatan tiba. -Foto Sinar Harian
GOMBAK: Seorang wanita cedera akibat ditikam penjenayah dengan pisau dalam kejadian cubaan samun di Jalan 10 Taman Greenwood di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mangsa yang memandu bersendirian kereta milik abangnya cedera terkena tikaman di paha kanan dalam kejadian sekitar jam 4.24 petang itu.
"Abang mangsa mengatakan, mangsa menghubunginya mengatakan seorang lelaki tidak dikenali membuka pintu kereta dan cuba mengambil begnya.
"Mangsa tidak dapat mengecam muka suspek dan kenderaan digunakan suspek," katanya kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang oleh pihak ambulans dan kini masih berada di zon merah namun dalam keadaan stabil.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.
Katanya, maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun
#cedera ditikam
#penjenayah
#Taman Greenwood
#Zainal Mohamed Mohamed
#rompakan
#Nur Azrul Amirul Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan