awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera ditikam suami dibenarkan keluar hospital

Bernama
Bernama
11/08/2024
07:00 MYT
Wanita cedera ditikam suami dibenarkan keluar hospital
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya. -Gambar fail
SEREMBAN: Wanita yang cedera ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Bahau semalam, dibenarkan pulang pagi tadi selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dekat sini.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata suami mangsa yang juga suspek dalam kejadian itu bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Jempol dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih belum boleh bercakap.
"Lelaki berumur 32 tahun itu akan ditahan untuk siasatan lanjut selepas ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan cedera selepas ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dipercayai akibat perselisihan faham sebelum lelaki itu bertindak meminum racun rumpai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera ditikam suami
#bahau
#dibenarkan keluar hospital
#minum racun rumpai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan