awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cemas kereta terperangkap banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2023
02:40 MYT
Wanita cemas kereta terperangkap banjir
Kenderaan yang dipandu seorang wanita terperangkap di dalam banjir di Klang Central, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandu terperangkap di dalam banjir di Klang Central, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di sini pada Ahad.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.44 pagi.
"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rafizi Taib bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter.
"Seorang wanita berusia 57 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz telah tersekat di dalam limpahan air tersebut.
"Bagaimanapun, pemandu wanita tersebut berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
"Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala limpahan air di kawasan tersebut telah surut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#detik cemas
#terperangkap
#Klang Central
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan