awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
Penang FC sedar halangan, persiap pasukan untuk tempuh 90 minit di Kuching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dilaporkan hilang di Sungai Kuantan ditemui lemas

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
30/06/2022
09:59 MYT
Wanita dilaporkan hilang di Sungai Kuantan ditemui lemas
Menurut pihak bomba, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung, berhampiran kilang air batu kira-kira dua kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh. - Foto ihsan JBPM
KUANTAN: Seorang wanita yang dilaporkan hilang di kawasan benteng Sungai Kuantan, di sini telah ditemukan lemas petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Tan Kah Choo, berusia 67 tahun dan berasal dari Taman Seri Kuantan.
Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung, berhampiran kilang air batu kira-kira dua kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh.
Menurutnya, pihaknya mendapat panggilan berkaitan kejadian itu daripada pihak polis memaklumkan terdapat orang yang hilang, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
“Berdasarkan maklumat awal, pihak polis memaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
“Pihak berkuasa turut menemui satu beg, selipar buku rawatan psikiatri milik mangsa di lokasi berdekatan restoran makanan segera yang juga berhadapan dengan hospital berkenaan, dekat situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Wanita dipercayai hilang di Sungai Kuantan
Sementara itu, katanya lagi, operasi pencarian ini turut dibantu beberapa agensi lain termasuk pihak polis.
“Terdahulu, bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDM) Kuantan telah melakukan ‘size- up’ bagi memudahkan pencarian.
“Operasi juga telah menggunakan sebuah bot aluminium bagi pencarian di sungai,” katanya lagi.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya telah menerima laporan mengatakan mangsa tidak pulang ke rumah sejak dua hari lepas.
Topic Berkaitan
#wanita hilang
#lemas
#Sungai Kuantan
#Tan Kah Choo
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan