awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru

Wanita diragut ketika hendak ke hospital

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2021
02:30 MYT
Wanita diragut ketika hendak ke hospital
Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah flat di Selayang Makmur, Batu Caves, Gombak menjadi tular di Facebook. -Foto Sinar Harian
GOMBAK: Seorang wanita diragut di tempat letak kenderaan di sebuah flat di Selayang Makmur, Batu Caves di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa bersama suaminya hendak menaiki kenderaan e-hailing untuk ke Hospital Selayang.
"Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa bersama suaminya didatangi seorang lelaki menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah yang bertindak meragut rantai emas milik mangsa dan terus melarikan diri.
"Nilai rantai emas dianggarkan lebih kurang RM3,500," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, suspek dikesan membawa sebuah beg ‘delivery’ berwarna jingga di bahagian tempat penumpang motosikal.
"Polis menjalankan usaha untuk mengesan suspek ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.
Pada Sabtu, tular satu video di Facebook memaparkan kejadian samun melibatkan mangsa seorang wanita yang diragut rantai lehernya oleh suspek lelaki yang menaiki sebuah motosikal di kawasan Taman Selayang Makmur, Batu Caves di sini.
Artikel asal di Sinar Harian: Wanita diragut ketika hendak ke hospital
Topic Berkaitan
#wanita diragut
#tempat letak kenderaan
#flat
#Selayang Makmur
#Batu Caves
#Zainal Mohamed Mohamed
#Hospital Selayang
#Yamaha NVX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.