Seorang wanita warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan tergantung di jeriji pintu utama premis dua tingkat di Bandar Baru Medan Ipoh, di sini, pada Ahad.
Mayat mangsa berusia 30-an itu ditemui oleh wanita yang merupakan pemilik premis tersebut pada kira-kira jam 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, identiti mangsa belum dapat dikenalpasti selepas gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri.
"Kita telah terima satu maklumat daripada orang awam mengatakan yang dia sendiri terjumpanya (mayat) semasa membuka pintu di premis ini. Dia nampak satu tubuh wanita tergantung di gril utama bangunan dua tingkat ini.
"Jadi, kita telah kejarkan pasukan polis kita bersama dengan forensik, hadir ke tempat ini. Dan kita juga memanggil pihak patologi untuk hadir memeriksa.
"Setelah pemeriksaan dibuat, kita tidak menemui sebarang unsur jenayah dan untuk setakat ini kita klasifikasikan sebagai sudden death (mati mengejut)," katanya.
Maklumat awal mendapati, mangsa menyewa bilik di premis berkenaan bersama seorang lelaki yang dipercayai suaminya.
Lelaki tersebut turut ditahan buat sementara waktu selepas didapati cuba mengganggu tugas polis.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Polis akan memeriksa pengenalan diri mangsa menerusi pihak kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 26 2019
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Suami rayu kesan isteri hilang lebih sebulan
Muhammad Noor bimbang selepas isterinya gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengutip besi lusuh.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.