awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditikam suami dilaporkan stabil

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2024
09:19 MYT
Wanita ditikam suami dilaporkan stabil
Wanita yang cedera ditikam oleh suaminya di sebuah kondominium di Setapak pada Sabtu dilaporkan stabil. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Wanita yang cedera ditikam oleh suaminya di sebuah kondominium di Setapak pada Sabtu dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa berusia 37 tahun itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
"Setakat ini, kita belum lagi merakam keterangan mangsa, difahamkan punca kejadian adalah suspek mengesyaki isterinya ada hubungan dengan lelaki lain," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga Indonesia maut setelah terjatuh dari tingkat 17 kondominium itu, selepas menikam isterinya.
Ashari dilaporkan berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 pagi itu, suspek menikam mangsa di dada dan lari ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh.
Suspek yang berusia 44 tahun itu kemudian ditemui berhampiran kolam renang di tingkat bawah dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cedera ditikam suami
#kondominium di Setapak
#terjatuh dari tingkat 17
#isteri ditikam suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan