awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita larikan bar emas 100 gram

Bernama
Bernama
08/11/2023
07:34 MYT
Wanita larikan bar emas 100 gram
Bar emas seberat 100 gram bernilai RM29,000 yang dilarikan suspek. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Polis menahan seorang wanita yang melarikan satu bar emas seberat 100 gram bernilai RM29,000 dari sebuah kedai emas di Kampung Jawa di sini selepas berpura-pura kononnya mahu melihatnya secara dekat, hujung bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 30 Okt, suspek berusia 25 tahun telah datang ke kedai emas berkenaan pada pukul 4.30 petang dan meminta pengurus kedai mengeluarkan kepingan emas yang dipamerkan dalam almari kaca untuk melihatnya dengan lebih dekat.
"Bagaimanapun kira-kira tiga minit selepas memegang bar emas itu, suspek terus melarikan diri dari premis itu sebelum dikejar oleh pengurus kedai berkenaan, namun tidak berjaya menangkapnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan penganggur itu di sebuah rumah di Taman Malim Jaya di sini pada pukul 6.45 petang semalam dan bar emas itu pula ditemukan di sebuah rumah di Taman Seri Mangga kemudiannya.
Christopher berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan mencuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencuri wanita
#curi bar emas
#gold bar
#kedai emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan