Akibat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak polis ketika dikatakan cuba mempertahankan suami, seorang wanita didenda seratus ringgit dan berdepan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Siti Nurjannah Abd Aziz, 25, bagaimanapun hanya mengaku bersalah di atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Analia Kamaruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata makian di Restoran Az, di kilometer 7 Lebuh AMJ kira-kira jam 5.30 petang pada 27 Disember lalu.
Oleh demikian, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda hingga RM100 jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, di tempat dan masa yang sama, Siti Nurjannah didapati dengan sengaja menghalang tugas anggota polis dengan cara menendang Mohd Khairul Anuar Ismail.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah Mohd Khairul dengan cara menendang di bahagian tangan hingga menyebabkan retak tulang jari.
Dia didakwa mengikut seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda jika disabit bersalah.
Mengikut fakta kes, kesalahan dilakukan tertuduh itu adalah ketika cuba menghalang pihak polis daripada menahan suaminya atas kesalahan cubaan membunuh dan memiliki pelbagai senjata.
Raffi Bachik
Fri Dec 30 2016
Siti Nurjannah (kanan) dihukum di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda hingga RM100. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Empat individu dipenjara 20 bulan kerana sembunyikan mayat
Mahkamah Majistret Ayer Keroh menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan terhadap empat individu, kerana menyembunyikan kematian dua lelaki.
Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.
Sindiket curi susu formula, suami isteri dihukum penjara 12 bulan
Sepasang suami isteri yang merupakan sindiket curi susu formula bayi dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Pekebun durian didakwa bunuh, kerat teman wanita
Tertuduh didakwa telah melakukan jenayah bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kebun durian.
Tukang pasang mozek sempat tinggal nota sebelum cuba bunuh diri
"Saya rasa bersalah pada ibu bapa". Berikut merupakan nota yang ditinggalkan seorang tertuduh sebelum cuba membunuh diri di kediamannya di Melaka pada 26 April lalu.
Warga emas didenda RM2,000 gara-gara fitnah kenalan dijangkiti COVID-19
Padah membuat fitnah seorang kenalan dijangkiti COVID-19 dan menyebarkan melalui kumpulan WhatsApp, seorang warga emas didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat.
Lelaki dihukum penjara kerana menampar pengawal keselamatan, ingkar PKP
Seorang lelaki dihukum penjara kerana menampar seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya gara-gara tidak puas hati dengan waktu operasi premis tersebut.
Khianat tumbuk cermin kereta, Chee Peng didenda RM1,500
Akibat melakukan khianat dengan menumbuk cermin hadapan kereta kenalannya, seorang jurujual gas cecair petroleum (LPG) didenda RM1,500.
Bapa tiga anak mengaku salah bawa lari isteri orang
Tertuduh didapati membawa pergi seorang perempuan berusia 21 tahun yang berstatus isteri orang dengan niat melakukan persetubuhan haram.
Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000.