KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita, Norhidawati Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Royal Crown Diamond oleh syarikat peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan antarabangsa, Young Living.

Beliau turut melakar sejarah apabila muncul sebagai wanita Islam pertama di dunia yang mendapat anugerah tertingggi apabila berjaya mengekalkan jualan sebanyak RM6.3 juta sebulan sejak Mei 2020 sehingga kini dengan memiliki 30,000 rangkaian ahli di bawahnya.

Norhidawati yang merupakan Pengarah Urusan, Oilylicious Healthcare Sdn. Bhd. juga membuktikan kemampuannya luar biasa apabila syarikatnya itu menjadi penyumbang utama sebanyak 70 peratus daripada jualan keseluruhan di Young Living negara ini sebanyak RM158 juta sejak 2014.

Ibu kepada lima anak itu menyertai syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat itu pada 2014 dan pernah mencatat jualan tertinggi adalah sebanyak RM35 juta sebulan yang diraihnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebelum ini, Norhidawati, 43, merupakan Pengetua dan Pengasas Genius Baby on Board iaitu sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di Puchong, Selangor.

“Saya bersyukur dengan penganugerahan dan tidak menyangka akan menjadi Muslim pertama di dunia dinobatkan anugerah tertinggi di sebuah syarikat antabangsa.

“Namun sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek kerana setiap impian atau kejayaan itu terhasil daripada kerja keras dan konsisten terhadap apa yang kita lakukan setiap hari.

“Walaupun pada awalnya menyertai bisnes ini secara kebetulan kerana menggunakam produk Young Living untuk anak sulung saya yang penghidap autism, namun ia telah merubah kehidupan saya 360 darjah hingga mampu meraih pendapatan enam angka sebulan,” katanya yang mesra dipanggil Teacher Wati.

Mengulas lanjut, Norhidawati memberitahu, Oilylicious Healthcare menyasarkan melahirkan lebih ramai jutawan menerusi syarikat itu menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, rahsia kejayaan  menjadi usahawan berjaya apabila menceburi sesuatu bisnes dengan memiliki pendidikan dan ilmu pengetahuan yang perlu dicari sepanjang masa untuk  digunakan ketika bertemu orang ramai.

“Tiga kunci utama yang wajib ada ialah syarikat yang kukuh dan stabil, produk berkualiti yang unik dan sukar ditemui serta pasukan yang kuat, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain.

“Misi saya adalah untuk melihat Oilylicious menjadi sebuah syarikat tempatan yang berdaya saing dan dikenali sebagai sebuah syarikat yang melahirkan ramai usahawan berjaya dalam penjagaan kesihatan komplementari khususnya aromaterapi ini di dunia,” katanya.

Sementara itu, Young Living ditubuhkan pada 1993 oleh Gary Young membangunkan operasi pertanian dan penyulingan herba organiknya yang pertama di dunia menemui keberkesanan minyak pati yang menakjubkan.

Memandangkan potensi besar bisnes itu, Gary membangunkan lebih banyak tanah ladang di Utah dan Idaho serta membina kilang penyulingan yang paling besar dan canggih dari segi teknologi bagi pengeluaran minyak pati di Amerika Utara.

Hari ini, Young Living telah berkembang menjadi peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan yang veribu pejabat di Lehi, Utah, Amerika Syarikat dan mempunyai pejabat di Australia, Eropah, Kanada, Jepun dan Singapura serta 22 ladang di seluruh dunia.

Di Asia, Young Living memiliki ladang di Filipina dan Jepun.