SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 24 tahun ditemukan mati dipercayai akibat ditekup dengan menggunakan bantal oleh kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Pandan, Klang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima aduan kira-kira jam 9.12 malam, semalam, daripada seorang wanita tempatan.
"Kaunter aduan Balai Polis Klang telah menerima satu aduan daripada seorang perempuan warga tempatan, yang menyatakan bahawa pada 7.18 malam semalam telah terima panggilan video daripada suspek, yang meminta bantuan untuk mengambilnya di kawasan Kampung Pandan, Klang.
"Ini kerana suspek dikatakan telah bertindak menekup muka dengan mengunakan bantal terhadap seorang perempuan, sehingga tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek.
"Pihak polis yang sampai di lokasi tempat kejadian mendapati, kejadian berlaku di sebuah rumah jenis lot di kawasan Kampung Pandan, Klang. Mangsa telah ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik rumah tersebut, pemeriksaan tubuh badan mangsa tiada sebarang kesan kecederaan," katanya.
Cha berkata suspek berusia 19 tahun telah ditangkap pihaknya di tepi jalan berdekatan dengan tempat kejadian, ketika beliau mahu melarikan diri.
Beliau berkata pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
"Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian, telah menemukan beberapa barang yang boleh membantu siasatan," katanya.
Cha berkata siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima aduan kira-kira jam 9.12 malam, semalam, daripada seorang wanita tempatan. - Gambar hiasan

'Love Scam' antara kes tertinggi dengan nilai kerugian lebih RM365 juta
Penipuan 'Love Scam' merupakan antara kes jenayah tertinggi direkodkan dalam tempoh 2018 hingga bulan Februari lepas, dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM365 juta.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

AWANI Ringkas: Lanjutan pelepasan cukai SSPN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi rumah penyumbang utama sisa makanan Malaysia
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata isi rumah Malaysia merupakan penyumbang utama sisa makanan dalam negara iaitu sebanyak 38 peratus. Hal ini kerana kurangnya perancangan berkaitan penyediaan makanan dan pengurusan sisa makanan tersebut.

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, tegasnya memastikan pembaziran ini dihentikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Peniaga perlu nilai jumlah sisa harian, rancang hari berikutnya
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata peniaga perlu menilai jumlah sisa makanan dan bukan makanan yang dihasilkan pada satu-satu hari. Seterusnya, mereka perlu merancang kuantiti bahan dihasilkan pada hari lain dengan menyesuaikan kepada permintaan pengguna.

55 peratus paip pecah berusia 30 tahun - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata berdasarkan statistik penyedia perkhidmatan air itu 55 peratus insiden paip pecah melibatkan paip berusia sekitar 30 tahun. Air Selangor memiliki jajaran paip sepanjang lebih kurang 30,000 kilometer yang digunakan sejak 1960-an, dan proses menggantikan paip usang ini giat dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Asingkan bahan kering, basah panjangkan hayat makanan
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata tips paling mudah untuk peniaga memastikan kualiti makanan terjamin adalah dengan mengasingkan bahan kering dan basah dalam makanan yang dijual. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada pengguna untuk mengawal sendiri jumlah sebatian yang diingini dalam makanan mereka.

Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata statistik menunjukkan kadar pencemaran air menurun antara 2020 sehingga 2022. Lanjutan itu, pencemaran yang mengakibatkan gangguan bekalan air juga kecil bilangannya iaitu hanya 19 insiden berbanding 210 kes pencemaran air yang direkodkan dalam julat tahun berkenaan.

Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - Polis
Mangsa yang berusia lingkungan 48 tahun itu turut didapati melecur di beberapa bahagian badan.

Peniaga mengaku tidak bersalah perdagang dua wanita untuk seks
Seorang peniaga hari ini mengaku tidak memperdagangkan dua wanita warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi seks di Bahau, Jempol.

Sukan SEA: Cabaran berat menanti skuad terjun wanita - Mun Yee
Ketiadaan Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri boleh meletakkan Malaysia dalam situasi sukar.

Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak ditubuhkan bagi tangani kes penderaan
KPWKM menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri.

Beri ruang dan masa untuk ibu menyusui bayi 'memerah susu' - Pakar
Di Malaysia, tidak ada masa diperuntukkan di bawah sebarang undang-undang untuk memberikan masa rehat bagi tujuan berkenaan.

Luahan rasa dari penjara... Ramadan tidak lagi seperti dulu
Astro AWANI mendasari perasaan tiga banduan wanita yang meluahkan kesedihan meninggalkan orang yang dicintai akibat kesilapan diri sendiri.

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

Datuk Bandar wanita pertama Pulau Pinang meninggal dunia
Menurut beliau, jasa Patahiyah kepada negeri itu amat dihargai dan tiada silih ganti.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Wanita Filipina antara ditahan miliki ganja mampat bernilai RM85,000
Pemeriksaan menemukan 34 ketulan ganja mampat dalam tiga kotak di tempat duduk belakang kenderaan yang dinaiki dua suspek.