awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, enam lagi cedera kereta terbabas di LPT

Azee Shafy
Azee Shafy
05/05/2022
05:36 MYT
Wanita maut, enam lagi cedera kereta terbabas di LPT
Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Taman Tas dan Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.- Foto JBPM
KUANTAN: Seorang wanita maut manakala enam lagi termasuk tiga kanak-kanak cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas, pagi Khamis.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, kenderaan jenis Toyato Avanza yang dinaiki mangsa dipercayai terbabas di Kilometer 196 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang di sini.
"Terdapat lapan orang dalam kenderaan terbabit dipercayai sekeluarga. Daripada jumlah itu, seorang wanita dewasa maut di lokasi kejadian.
"Manakala enam orang mengalami kecederaan, dan seorang lagi tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Taman Tas dan Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Topic Berkaitan
#wanita maut
#LPT
#Gambang
#kereta terbabas
#bomba
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan