awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rentung dalam kemalangan babit 2 kenderaan

Aida Aziz
Aida Aziz
15/06/2021
13:33 MYT
Wanita rentung dalam kemalangan babit 2 kenderaan
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala penumpang van iaitu seorang lelaki dan wanita selamat. - Gambar/ Ihsan JBPM
KUALA KANGSAR: Seorang wanita rentung apabila van dinaikinya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain berdekatan lampu isyarat Taman Bunga Raya, dekat sini petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.55 petang.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.
"Kenderaan (van) tersebut terbakar kira-kira 90 peratus, didapati terdapat seorang mangsa perempuan berusia 38 tahun tersepit di bahagian pemandu.
"Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala penumpang van iaitu seorang lelaki dan wanita selamat.
"Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUN) yang terbabit dalam kemalangan dengan van itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Katanya mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#rentung
#Kuala Kangsar
#van
#SUV
#terbakar
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan