awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi lebih RM50,000 diperdaya tawaran kerja dalam talian

Bernama
Bernama
06/02/2023
06:25 MYT
Wanita rugi lebih RM50,000 diperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa mendakwa dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berhubung tawaran kerja untuk melanggan dan memberi tanda suka di YouTube. - Gambar hiasan
KUANTAN: Hasrat seorang wanita menambah pendapatan menerusi kerja sambilan tidak kesampaian apabila terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian sehingga mendakwa dirinya kerugian RM53,875.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 41 tahun mendakwa dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pada 29 Januari lepas berhubung tawaran kerja untuk melanggan dan memberi tanda suka di YouTube.
"Mangsa mendakwa dijanjikan komisen sebanyak 30 peratus untuk setiap tugasan yang dilakukan. Bagi tugasan pertama, mangsa diarah membuat bayaran RM300 sebelum dia menerima bayaran balik berjumlah RM390 yang dimasukkan ke akaun banknya.
"Jumlah keuntungan itu menyebabkan mangsa berminat untuk terus membuat bayaran sehingga mengeluarkan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga yang keseluruhannya berjumlah RM53,875," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata wanita itu menyedari ditipu selepas tidak menerima bayaran balik walaupun telah membuat bayaran secara dalam talian ke empat akaun menerusi 10 transaksi lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.
Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan menerusi media sosial terutama yang menjanjikan pulangan lumayan.
Katanya orang ramai juga diingatkan membuat semakan nombor akaun yang diterima di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi bagi mengelak ditipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#dalam talian
#mangsa
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan