awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita tikam paha kerana tertekan, bukan disamun

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2021
23:46 MYT
Wanita tikam paha kerana tertekan, bukan disamun
Sinar Harian pada Ahad melaporkan berkenaan seorang wanita yang cedera di paha kanan akibat ditikam penyamun ketika memandu bersendirian dalam kejadian sekitar jam 4.24 petang di sini pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
GOMBAK: Seorang wanita yang mendakwa dirinya dicederakan oleh penyamun dalam kejadian di Jalan 10, Taman Greenwood di sini pada Sabtu didapati membuat laporan palsu malah bertindak menikam sendiri pahanya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan terperinci mendapati mangsa dengan sengaja mereka cerita berkenaan kejadian samun tersebut ketika membuat laporan.
“Mangsa menerima tujuh jahitan pada luka tikaman di paha kanan.
"Motif kejadian adalah mangsa mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga,” katannya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan berkenaan seorang wanita yang cedera di paha kanan akibat ditikam penyamun ketika memandu bersendirian dalam kejadian sekitar jam 4.24 petang di sini pada Sabtu.
Menurut laporan berkenaan, kejadian samun tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.
BACA: Wanita cedera di paha ditikam penyamun
Mengulas lanjut, Zainal berkata,k ertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan akan dituduh di mahkamah Selayang pada Rabu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
“Di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” ujar beliau.
*Berita asal di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#samun
#dakwa ditikam
#Taman Greenwood
#Zainal Mohamed Mohamed
#Seksyen 182
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#sengaja menyebabkan cedera
#tikam di paha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan