awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2022
04:15 MYT
Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih
Tertuduh memakai baju kemeja berwarna kuning diringi anggota polis. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang wanita warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh kekasihnya yang merupakan seorang lelaki tempatan di sebuah apartment di Taman Bukit Delima di sini minggu lepas.
Tertuduh, La Anh Thu, 33, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian ke atas, Lim Swee Shyong, 50, di Blok A Casa Prima, Jalan Bukit Delima 2, Taman Bukit Delima lebih kurang jam 9 hingga 9.45 malam pada 21 November lalu.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum mati.
Tertuduh sebelum itu tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan memakai baju kameja berwarna kuning kelihatan tenang.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur'Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Syafiq Steward Abdullah, Mohd Khairullizan Kamisan dan Datuk Haniff Hasan.
Pihak pendakwaan memohon satu tarikh untuk mendapatkan laporan forensik, kimia dan perubatan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan kes disebut semula 26 Januari 2023 untuk serahan dokumen. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#bunuh
#Kekasih
#Taman Bukit Delima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan