KOTA KINABALU: Sabah pada Isnin merekodkan dua kluster baharu dengan satu daripadanya dicetuskan seorang wanita warga emas ketika menyambut Aidilfitri bersama anak-anaknya di Penampang pada 15 Mei lepas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun dalam kenyataannya malam tadi berkata wanita warga emas yang merupakan suri rumah berumur 68 tahun itu adalah kes indeks bagi Kluster Taman Deluxe di Penampang.
Jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 itu berkata wanita itu berasal dari Kampung Bubul Batu 2, Semporna yang telah merentas daerah untuk meraikan Hari Raya bersama anak-anaknya sebelum dikesan positif COVID-19 pada 19 Mei hasil daripada saringan bergejala.
"Setakat jam 12 tengah hari tadi, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini ialah 12 orang daripada 14 orang yang disaring...aktiviti siasatan masih diteruskan di lapangan untuk menyiasat punca jangkitan," katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.
Sementara itu, Masidi berkata Kluster Kampung Padawan di Papar pula mula dikesan pada 22 Mei di Klinik Kesihatan Inanam hasil saringan bergejala, dengan kes indeks adalah seorang wanita berumur 50 tahun dari Kampung Dambai, Inanam, yang disahkan positif RTK-Ag bersama tiga anaknya.
"Susulan kes itu, enam ahli keluarga kepada kes indeks dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes. Khuatir dengan risiko tersebut, 36 saringan RTK-Ag dilakukan di klinik swasta sebagai inisiatif oleh kontak serta ahli keluarga kepada kes indeks," katanya.
Masidi berkata Pejabat Kesihatan Daerah Papar juga telah menjalankan 113 ujian saringan RT PCR ke atas kontak rapat lain yang menghadiri majlis itu, dan berdasarkan maklumat serta penelitian awal, jangkitan COVID-19 dipercayai menular semasa majlis pengebumian di Kampung Padawan pada 17 Mei.
Majlis terbabit turut dihadiri keluarga terdekat dari beberapa daerah dengan kegagalan pematuhan prosedur operasi standard sepanjang tiga hari, termasuk aktiviti makan bersama serta berkumpul beramai-ramai pada sebelah malam, katanya.
Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata sebanyak 184 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negeri itu semalam, menjadikan jumlah kumulatif 60,562 kes, manakala seramai 88 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah seramai 58,798 orang.
Dalam pada itu, Masidi turut memaklumkan kerajaan negeri menetapkan untuk menyeragamkan waktu operasi bagi restoran, kedai dan gerai makan sehingga jam 10 malam mulai semalam.
Sebelum ini, kerajaan negeri menetapkan kedai dan gerai makan hanya boleh beroperasi sehingga jam 9 malam, manakala restoran pukul 10 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021

Sebanyak 184 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negeri itu pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif 60,562 kes. - Gambar hiasan

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

Warga emas didakwa kes AMLA lebih RM700,000
Antara dakwaannya adalah menerima sejumlah RM705,625 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada sebuah syarikat ke akaun semasa miliknya.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Penyakit jantung iskemik punca utama kematian
Siasatan berhubung kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).

Angkara hutang RM250, warga emas maut dipukul
Angkara hutang, seorang warga emas maut selepas dipukul rakannya gara-gara enggan membayar hutang berjumlah RM250.

Lelaki warga emas ditahan ugut guna batu
Lelaki itu ditahan pada 3 petang Rabu di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Operasi cari lelaki jatuh dalam laut diteruskan
Usaha mengesan S Muniandy, 63, yang memasuki hari keempat bersambung pada jam 7 pagi.

APMM Selangor kesan warga emas jatuh laut
APMM Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, Kuala Langat, semalam.

Samun warga emas sehingga maut, penganggur direman tujuh hari
Seorang penganggur direman tujuh hari selepas dipercayai membunuh seorang wanita warga emas dalam kejadian samun di Kampung Pulai Darat, Jasin semalam.

Rumah dipecah masuk, warga emas 'Mak Misah' maut disamun
Seorang warga emas maut selepas dipercayai disamun oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulai Darat, di Jasin awal pagi tadi.