IPOH: Seorang wanita warga emas terpaksa menanggung kerugian lebih RM6.2 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertainya menerusi Facebook dan kumpulan aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia merupakan jumlah kerugian paling tinggi melibatkan kes 'scam' atau penipuan di Perak setakat ini.
Katanya, pihaknya semalam menerima laporan daripada wanita berumur 61 tahun, yang berasal dari Taman Rasi Jaya, di sini, yang mengadu diperdaya untuk menyertai skim pelaburan emas.
Menurutnya, siasatan polis mendapati pada 14 Okt 2023, semasa pengadu berada di rumah, dia melayari satu blog pelaburan di Facebook dan menekan pautan kepada nombor telefon suspek di dalam aplikasi Whatsapp.
“Kemudian, suspek memasukkan nombor telefon pengadu ke dalam kumpulan Whatsapp berbeza-beza bagi tujuan pelaburan dalam pasaran emas.
“Sejak daripada itu, pengadu telah memasukkan dana sebanyak 32 kali ke dalam 11 akaun yang berbeza, berjumlah RM6,220,000,” kata Mohd Yusri dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pengadu sedar dia telah ditipu apabila ingin mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM2,200,000 tetapi tiada maklum balas diterima daripada suspek.
Tambahnya, platform pelaburan itu juga tidak dapat diakses.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, polis sekali memberi amaran kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan di platform media sosial, khususnya melalui skim yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 23 2024
Siasatan polis mendapati, pada 14 Okt 2023, semasa pengadu berada di rumah, dia melayari satu blog pelaburan di Facebook dan menekan satu pautan kepada nombor telefon suspek di dalam aplikasi WhatsApp. - Gambar hiasan
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
Tergoda skim pelaburan di laman sosial, ahli perniagaan rugi RM688,300
Mangsa menyedari ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan keuntungan sebanyak RM2 juta sebagaimana dijanjikan setelah pelaburan mencapai tempoh matang pada 24 Januari lalu.
Pesara wanita rugi RM10 juta terperdaya skim pelaburan kripto
Mangsa memaklumkan menyertai skim pelaburan itu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang mempromosikan perkara itu.
Wanita warga emas rugi RM6.2 juta, terperdaya pelaburan tidak wujud
Ia merupakan jumlah kerugian paling tinggi melibatkan kes 'scam' di Perak setakat ini.
Pesara wanita rugi RM730,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya berminat untuk menyertai skim pelaburan saham ditawarkan melalui aplikasi Instagram yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus.
Pelaburan tidak wujud, ejen insurans kerugian RM333,600
Ketua Polis Perak berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada lelaki itu yang berusia 46 tahun dari Taman Pari pada Selasa.
Kontraktor wanita rugi lebih RM416,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM416,772 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.
Empat ‘scammer’ mengaku tidak bersalah tawar pelaburan tidak wujud
KB Raman Nair, M Yeohgeswary, R Rangini dan A Kaarthik membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
RM92,540 lesap, kerani akaun terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa berusia 52 tahun itu telah melayari laman sosial tersebut dan tertarik mengenai pelaburan saham yang ditawarkan sebelum menekan pautan yang disertakan.