KOTA BHARU: Seorang wanita warga Thailand terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membebas dan melepaskannya selepas mengetepikan sabitan terhadap tuduhan mengedar 86.8 gram (g) dadah jenis Methapethamine, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh Miss Rusneeda Beraheng, 41 tahun.
Miss Rusneeda didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kubang Juluk, Rantau Panjang, Pasir Mas pada pukul 9 pagi, 4 Sept 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Roslan berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kedua iaitu milikan, jagaan dan kawalan serta pengetahuan tertuduh terhadap dadah yang dijumpai dibawa kerusi kereta jenis Proton Pesona.
"Elemen ketiga iaitu pengedaran dadah pula secara automatik gagal kerana elemen kedua tidak berjaya dibuktikan. Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri," katanya.
Beliau berkata, pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai lapan saksi terdiri daripada pegawai penyiasat, pegawai polis dan ahli kimia sepanjang perbicaraan kes itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aida Fatimah Abd Jabar dan tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Seorang wanita warga Thailand terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu membebas dan melepaskannya selepas mengetepikan sabitan terhadap tuduhan mengedar 86.8 gram (g) dadah jenis Methapethamine, empat tahun lepas.
Hamidin wajar terus diberi kepercayaan pimpin FAM - Zainal Abidin
Datuk Zainal Abidin Hassan merasakan Datuk Hamidin Mohd Amin wajar terus diberi kepercayaan menduduki kerusi nombor satu FAM.
Tiga lagi dibina Sabah dorong amalan kualiti hidup sihat
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kerajaan Negeri komited sediakan kemudahan asas kepada rakyat
Kerajaan Sabah komited menyediakan kemudahan asas kepada rakyat khususnya di luar bandar supaya penduduk di kawasan itu juga dapat menikmati kemajuan dan pembangunan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata beliau juga gembira apabila menyedari inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) membuahkan hasil.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata beliau juga gembira apabila menyedari inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) membuahkan hasil.
DBKU komited kekalkan bandar bersih, indah & selamat
Menginstitusikan bandar raya sifar sampah juga antara komitmen yang sedang diusahakan DBKU bagi memastikan bandar raya itu kekal bersih, indah dan selamat.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengiktirafan Kuching bandar bersih perlu disambut komuniti
Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan negeri Sarawak dalam memastikan bandaraya Kuching mencapai status sifar karbon.
Tiga ADUN PSB ditukar ke blok kerajaan
Tiga Adun bekas pemimpin Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan ditukar kedudukan daripada blok pembangkang ke blok kerajaan dalam persidangan DUN Sarawak bermula Isnin depan.
Gugurkan perkataan 'negeri' apabila merujuk kepada Sarawak
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar pada sabtu mencadangkan kepada kabinet Sarawak untuk menggugurkan perkataan ‘negeri’ apabila merujuk kepada wilayah berkenaan, terutama ketika menggubal perlembagaannya.
Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih lima kilogram dadah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup keluar lebih lima kilogram dadah bernilai RM177,120.60 di Jeti Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama Tawau pada Selasa lalu.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.