awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2022
11:04 MYT
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sekali lagi bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.
Ketika dihubungi, peguam syarie, Ummi Kartini yang mewakili SM Faisal berkata, mahkamah mengeluarkan waran itu selepas Emilia selaku responden bersama peguam syarienya, Nazri Yahya tidak hadir tanpa sebab.
Ekoran perkara itu beliau berkata, prosiding yang dijadualkan berlangsung awal pagi, tertunda sehingga jam 1 tengah hari kerana menunggu kehadiran responden.
Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie, Azzeman Omar, beliau menghujahkan bahawa responden dan peguamnya gagal untuk hadir biarpun tarikh prosiding lalu, pada 21 September dihadiri kedua-dua pihak.
Mendengar perkara itu, mahkamah kemudiannya mengeluarkan arahan waran tangkap terhadap Emilia.
Turut mewakili ahli perniagaan itu ialah peguam syarie, Izzah Shakirah.
Difahamkan, ini merupakan waran tangkap kedua dikeluarkan mahkamah sama terhadap Emilia.
Pada 27 Jun lalu, Emilia, 43, menjalani hukuman penjara tujuh hari di Penjara Kajang, kerana gagal mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#SM Faisal SM Nasimuddin Kamal
#Emilia Hanafi
#prosiding lawatan tiga anak
#Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan