KUALA LUMPUR: Warga asing tidak melepaskan peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin mengikut cara mereka dengan membanjiri ibu kota.
Tinjauan Sinar Harian di sebuah pusat beli belah terkemuka mendapati, rata-rata menyatakan mereka berasa lega dan gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas negara ini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Bagi pekerja gimnasium, Mohamad Nasir Muzammil, 28, berkata, selama dua tahun lalu apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri, dia hanya tinggal di rumah dan tidak dapat pergi ke mana-mana disebabkan negara ini menjalani PKP bagi membendung COVID-19.
“Alhamdulillah, tahun ini saya dapat beraya di luar. Hari ini saya juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan selepas tujuh tahun tidak dapat berjumpa.
“Saya tidak dapat berjumpa dengan mereka sebelum ini kerana masing-masing sibuk dan negara ini juga menjalani PKP,” katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.
Dia yang berasal daripada Bangladesh berkata, telah mengambil cuti selama empat hari bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Raya sebelum ini PKP saya tidak ada pergi ke mana-mana. Jadi selama empat hari cuti ini saya dan rakan-rakan nak jalan-jalan di Bukit Bintang, KL Sentral, Pasar Seni dan sebagainya,” katanya yang sudah tujuh tahun bekerja di Malaysia.
Bagi buruh binaan, Siamuddin, 27, berkata, cuti Aidilfitri yang disambut pada Isnin membolehkan dia dan rakan-rakannya meluangkan masa bersama.
Dia yang sudah lapan tahun bekerja di Malaysia berkata, mahu menghabiskan cuti rayanya dengan bersiar-siar di pusat beli-belah dan lokasi menarik yang lain bersama rakan-rakannya.
“Saya dan rakan-rakan mahu jalan-jalan dan mengambil gambar di ibu kota.
"Hari raya sebelum ini kami tidak dapat melakukan perkara seperti ini kerana PKP,” katanya yang berasal daripada Bangladesh.
Kontraktor yang berasal dari Indonesia, Abdul Jalil, 26, pula meluahkan rasa lega dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan saudaranya bagi menyambut Syawal pada tahun ini.
“Kalau dahulu PKP kita tidak dapat pergi ke mana-mana bagi menyambut hari raya tetapi tahu ini kita dapat menyambutnya.
“Saya berasa gembira tahun ini dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara saya.
“Saya juga mengambil cuti empat hari untuk bersiar-siar di ibu kota,” jelasnya yang telah bekerja di Malaysia selama empat tahun.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 02 2022
Rata-rata warga asing tidak melepaskan peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin dengan mengunjungi pusat beli belah di ibu kota. Gambar kecil dari kiri: Mohamad Nasir, Siamuddin, Abdul Jalil. - Foto Sinar Harian
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya