awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing diberkas disyaki terlibat kes pukul di Pasar Borong KL

Sinar Harian
Sinar Harian
26/10/2022
00:15 MYT
Warga asing diberkas disyaki terlibat kes pukul di Pasar Borong KL
Rakaman video kejadian pada 17 Oktober lalu. -Media sosial
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang pemandu kereta di Pasar Borong Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Pusat Bandar Utara Selayang dekat sini jam 2.22 petang pada Ahad.
"Kita merampas serangkai anak kunci kereta berserta alat kawalan jauh dan seluar jeans hitam yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku menumbuk dan menendang mangsa secara bertubi-tubi bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas kerana mangsa melanggar kanak-kanak yang juga anak jiran teman wanitanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Eng Lai berkata, suspek juga mengaku merampas kunci kereta mangsa sebelum membuangnya di kaki lima pasar borong berkenaan.
"Suspek direman lima hari bermula Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325/395 Kanun Keseksaan.
"Kami masih lagi mengesan seorang rakan suspek yang masih bebas," katanya.
Pada 17 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pukul dalam satu klip video tular dipercayai berlaku di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
BACA: Polis kesan dua suspek kes pukul di Pasar Borong KL
Mangsa mengalami kecederaan di mata dan patah tulang hidung dipercayai akibat dipukul kedua-dua lelaki terbabit selepas pemandu kereta itu didakwa terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang berjalan bersama ibunya di pasar borong berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Beh Eng Lai
#Pasar Borong Kuala Lumpur
#langgar kanak-kanak
#anak jiran teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan