awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing dijumpai mati di ladang betik dipercayai dibunuh rakan sekerja

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
11/12/2017
15:11 MYT
Warga asing dijumpai mati di ladang betik dipercayai dibunuh rakan sekerja
Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam kejadian di kebun betik di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar. -Astro AWANI
Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam kejadian di kebun betik di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar di sini, pagi Isnin.
Dalam kejadian sekitar 10.30 pagi itu, mangsa, SP Biak Sang Nawl, 35, yang bekerja di kebun tersebut ditemui majikannya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas katil di sebuah rumah di kebun itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, soal siasat terhadap majikan mendapati mangsa tinggal di rumah tersebut bersama seorang lagi rakan senegaranya yang turut bekerja di lokasi sama.
"Pemeriksaan mendapati mangsa ditemui dengan beberapa kesan luka pada muka dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
"Polis turut menemui sebatang kayu dengan kesan darah dipercayai senjata yang digunakan suspek di bawah katil mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambah Kong Soon, pihaknya percaya suspek berusia 50-an itu telah melarikan diri dan pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit serta dompet mangsa di kawasan itu selain tin arak.
"Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 12 jam sebelum mayatnya ditemui dan proses bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kampar.
"Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Biak Sang Nawl
#Kampung Tanjung Bangkong
#kebun betik
#Ng Kong Soon
#pekerja asing
#pekerja Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan