awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing ditahan tunjuk isyarat lucah kepada polis

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2022
14:37 MYT
Warga asing ditahan tunjuk isyarat lucah kepada polis
Kejadian itu tular selepas satu klip video berdurasi 10 saat memaparkan tindakan lelaki itu merakam dirinya sendiri menunjukkan jari tengah ke arah dua anggota polis. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah ke arah anggota polis yang sedang bertugas di hadapan pusat beli-belah Lot 10 di sini membawa padah apabila dia ditahan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli-belah tersebut sekitar jam 12.15 tengah malam.
“Susulan itu, polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.
“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kejadian itu tular di media sosial selepas satu klip video berdurasi 10 saat memaparkan tindakan lelaki itu merakam dirinya sendiri sambil menunjukkan jari tengah ke arah dua anggota polis.
Salah seorang anggota polis berkenaan menyedari perbuatan itu selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter.
Dalam pada itu, Noor Dellhan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#warga asing
#tunjuk isyarat lucah
#kes tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan