awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas cuba sorok gelang kuarantin ditahan polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/10/2020
06:36 MYT
Warga emas cuba sorok gelang kuarantin ditahan polis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata semakan mendapati lelaki itu baharu pulang dari Sabah. - Gambar IPD PJ
PETALING JAYA:Seorang lelaki warga emas yang cuba menyembunyikan gelang merah jambu dengan lilitan kain putih, ditahan polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19, di Damansara Damai, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bertindak atas maklumat orang ramai yang melihat seorang lelaki memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlegar-legar di kawasan lot kedai kawasan itu, polis melakukan pemeriksaan.
"Setibanya di lokasi, polis menahan lelaki berusia 63 tahun terbabit selepas didapati dia cuba menyorokkan gelang KKM itu.
"Semakan mendapati lelaki itu datang dari Sabah untuk urusan perniagaan, dan keputusan ujian saringan COVID-19 adalah negatif," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Bagaimanapun, kata Nik Ezanee, lelaki itu diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober depan.
Beliau memberitahu, polis akan membuat permohonan reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Petaling Jaya, pada Selasa.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Nik Azanee turut memberi amaran kepada individu yang dikenakan perintah kuarantin agar mematuhi arahan yang ditetapkan KKM.
"Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang gagal mematuhi atau memberi kerjasama," ujarnya.
Dalam kejadian lain pada Sabtu, seorang lelaki 'bergelang' merah jambu ditahan ketika sedang makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang pada malam Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata tangkapan dibuat berdasarkan maklumat daripada orang ramai.
BACA: Lelaki bergelang merah jambu ditahan ketika makan di restoran di Rawang
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKPP
#PKP
#kuarantin
#SOP
#Gelang merah jambu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan