awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth

Bernama
Bernama
15/04/2022
09:21 MYT
Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth
Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19 seperti yang disarankan oleh KKM, menjelang Hari Raya Aidilfitri. - Gmbar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Ketua pegawai eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata matlamat pemberian dos penggalak kedua adalah untuk memastikan tahap perlindungan optimum kepada warga emas dan individu berisiko tinggi yang merupakan kumpulan paling berisiko.
"Kami menyambut baik perkembangan ini. Semasa kita memasuki fasa peralihan ke endemik, ia sangat penting untuk kita terus melindungi populasi paling berisiko dan ini adalah salah satu usaha tersebut. Kami juga menerima banyak pertanyaan dan permintaan daripada orang awam mengenai dos penggalak kedua.
"ProtectHealth, melalui pengamal perubatan swasta (PMP) dan organisasi penjagaan kesihatan bukan kerajaan, akan terus membantu dan bekerjasama dengan KKM untuk memaksimumkan dan mempercepat pelaksanaan dos penggalak kedua, selain menggalakkan PMP mengambil bahagian dalam program tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Golongan 60 tahun ke atas dengan komorbiditi boleh dapat dos penggalak kedua - Khairy
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mereka yang berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi, kini diberi peluang untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.
Selain itu, remaja berumur 12 tahun dan ke atas dengan sistem pertahanan badan yang lemah, juga diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#dos penggalak kedua
#komorbiditi
#berisiko tinggi
#COVID-19
#KKM
#Hari Raya Aidilfitri
#Dr Anas Alam Faizli
#ProtectHealth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan