NATIONAL
Warga emas didakwa bunuh rakan

Yee Fatt Seong, 70, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran. - Foto Bernama
BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya pada 27 April lepas.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 70 tahun, Yee Fatt Seong, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakannya, Loo Ah Teong, 63, pada 27 April lalu.
- Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes ini dikendalikan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 30 Jun untuk sebutan semula, dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.
- Yee didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika didapati bersalah.
Yee didakwa membunuh Loo Ah Teong, 63, di sebuah pondok rehat di Jalan Kolam, Cheruk Tokun, Bukit Mertajam antara 2 hingga 3.22 petang, 27 April.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azreen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 30 Jun ini bagi sebutan semula kes dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga emas maut dipukul dengan kayu sebelum ditikam dengan pisau dalam kejadian 27 April itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami