awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hendak beli barangan dapur, hilang di sungai

Radhi Muslim
Radhi Muslim
06/02/2022
02:19 MYT
Warga emas hendak beli barangan dapur, hilang di sungai
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan warga emas yang hilang di Sungai Sugut.
BELURAN: Seorang bapa yang ingin membeli makanan serta keperluan barangan dapur untuk keluarganya dilaporkan hilang di Sungai Sugut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belruan, Rastam Keladi berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Gontawas Ellang, 69 tahun, penduduk Kampung Panindakan, Sugut.
Menurut Rastam, berdasarkan laporan isterinya, warga emas itu keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi pada Jumaat.
“Lelaki berkenaan dilaporkan menaiki perahu ke Kampung Salan untuk membeli barangan keperluan dapur.
“Namun, isteri mangsa memaklumkan suaminya tidak pulang-pulang ke rumah sehingga keesokan harinya lalu laporan polis dibuat dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.
“Perahu mangsa berjaya ditemui. Namun mangsa masih hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Rastam berkata, SAR mangsa giat dijalankan sehingga kini.
Topic Berkaitan
#warga emas hilang
#beli keperluan dapur
#Sungai Sugut
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan