KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
Muhammad Ngah, 67, dari Kampung Baru Serada, di sini yang bekerja sebagai penjual ikan dan sayur-sayuran keluar dari rumahnya pagi semalam dengan menaiki motosikal beroda tiga jenis EX5 berwarna merah bernombor pendaftaran TAV 9836 tanpa membawa beg duit, telefon bimbit mahupun memakai helmet.
Adiknya, Mohd Azis berkata isteri dan tiga anak abangnya itu tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap Muhammad atau lebih dikenali Pak Din oleh penduduk kampung hanya keluar bersiar-siar.
"Abang hanya pakai t-shirt biru dan kain pelikat. Masa itu, mereka fikir mungkin dia hanya mahu ke rumah adik-beradiknya atau ke kebun yang juga berada di kampung ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Azis berkata setelah beberapa jam abangnya tidak pulang, mereka segera membuat laporan di Balai Polis Cabang Tiga meskipun mengetahui prosedur membuat laporan orang hilang perlu selepas tempoh 24 jam.
"Kami risau sebab abang dah tua dan ada sejarah penyakit jantung. Minggu lepas juga dia demam dan tidak ke mana-mana. Kami juga risau takut dia terlupa jalan balik ke rumah.
"Memang abang belum disahkan ada Alzheimer, tapi risaulah sebab dengan umurnya dan keadaan kesihatannya, dia mungkin baru nak develop penyakit itu," katanya.
Mohd Azis berkata mereka turut menghebahkan perkara itu di media sosial dan sehingga malam tadi telah menerima dua panggilan daripada orang awam memaklumkan ada melihat abangnya sedang berjalan kaki di tepi jalan di Bukit Payong dan di sekitar Marang.
Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan, mereka tidak menemui apa-apa bahkan lebih menghairankan motosikal abangnya itu juga tidak ditemukan
"Pelik juga sebab kalau kata masuk semak ke apa mesti akan kelihatan sebab motosikal roda tiga itu besar. Tapi, kalau menurut cerita pemanggil itu saya percaya itu abang sebab katanya lelaki itu pakai t-shirt biru dan berkain pelikat seperti abang. Dan dia mungkin jalan kaki sebab motosikalnya kehabisan minyak.
"Kami juga ada minta bantuan anak-anak muda dan geng motosikal untuk pusing cari abang termasuk di surau dan masjid sekitar. Kami pun ada buat semakan di hospital tapi belum ada apa-apa," katanya.
Mohd Azis berkata polis juga telah memanjangkan kehilangan abangnya itu kepada bilik gerakan termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memperhebatkan kerja pencarian dan meminta orang ramai yang mungkin terlihat atau menjumpai abangnya itu menghubunginya di talian 019-4004743 atau Mohd Ruzli 019-9067974.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Polis juga telah memanjangkan kehilangan warga emas tersebut kepada bilik gerakan termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memperhebatkan kerja pencarian. - Gambar hiasan/BERNAMA
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.