IPOH: Seorang wanita warga emas dipercayai kurang siuman bertindak mengumpul sampah sarap, kemudian membuangnya di sebuah rumah terbiar di No 63, Persiaran Cempaka Sari 22, Taman Cempaka, di sini.
Kesan daripada perbuatan sejak tahun lalu itu menyebabkan rumah tersebut kini dipenuhi sampah sarap, masalah bau serta ancaman haiwan berbisa kepada penduduk setempat.
Menurut salah seorang penduduk di situ, isu tersebut sudah diajukan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), namun katanya hanya notis yang dikeluarkan, tetapi dakwanya tiada sebarang tindakan pembersihan dilakukan.
Katanya, warga emas itu sering menaiki basikal membawa sampah sarap, kotak serta plastik lalu membuangnya di rumah itu.
"Sampah sarap itu dikumpul oleh seorang wanita warga emas yang tidak waras, dia sering mengutip sampah dari rumah jiran sekitar serta membuang dan melonggoknya di situ.
"Terdapat banyak plastik bungkusan makanan, kotak polisterin dan bekas plastik minuman di rumah terbiar yang tiada penghuni. Difahamkan pagar rumah itu tidak berkunci.
"Pihak MBI ada datang dan keluarkan notis tetapi sehingga notis tamat, tiada sebarang tindakan diambil.
"Masalah ini telah meresahkan penduduk sekitar rumah tersebut apabila terdapat banyak sampah yang boleh mengundang haiwan perosak dan ancaman denggi.
"Kami pun tidak tahu apa motif dia kumpul sampah, tetapi dia memang tidak pernah menjualnya," katanya.
Tegasnya lagi, susulan masalah itu, banyak tikus berkeliaran di rumah berkenaan dan tidak terkecuali merebak ke rumah berdekatan.
"Penduduk memohon kepada MBI untuk ambil tindakan masuk ke pagar rumah tersebut dan membersihkan semua sampah sarap.
"Kami sangat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera, di samping memberi keselesaan dan memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya lagi.
Aida Aziz
Wed Feb 14 2024
Keadaan rumah tinggal yang dipenuhi sampah sarap. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
'Saya dah biasa raya seorang'
Sejak kematian ibunya lebih 10 tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang lelaki warga emas di Kampung Sekolah, Lenggeng di sini untuk menyambut Aidilfitri seorang diri.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.