awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut, isteri cedera nahas

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2021
02:10 MYT
Warga emas maut, isteri cedera nahas
Mayat mangsa di lokasi sebenar diangkat untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan selanjutnya. -Foto ihsan polis
KEMAMAN: Seorang warga emas maut sementara isterinya cedera selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di Kilometer 109 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kawasan Perindustrian Kerteh, di sini, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, Che Malias Harun, 69, yang memandu kereta jenis Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi dan isterinya, Missroheemah Dueloh, 51, cedera di bahagian kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Geliga, Chukai, di sini, selepas membeli madu di Kampung Merchang, Marang.
"Tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh, menyebabkan kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum terbalik di kiri jalan," katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.
Hanyan berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, sementara isterinya yang cedera di anggota badan dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hanyan Ramlan
#Che Malias Harun
#hilang kawalan
#Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan