Warga emas rentung dalam kebakaran di Sarikei

Operasi pemadaman dilakukan selepas pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah malam dan berjaya mengawal api dalam tempoh 46 minit. - Foto JBPM Sarawak
SARIKEI: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Jalan Minah, awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Minah, Sarawak, awal pagi Ahad.
- Operasi pemadaman dilakukan selepas pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah malam dan berjaya mengawal api dalam tempoh 46 minit.
- Rumah yang musnah didiami enam penghuni, lima selamat manakala mayat lelaki warga emas ditemui dalam keadaan rentung selepas operasi pencarian pada jam 2.18 pagi.
Operasi pemadaman berdepan cabaran akibat tekanan air rendah, namun api berjaya dikawal dalam tempoh 46 minit sebelum kerja penyejukan dimulakan.
Rumah berkenaan didiami enam penghuni, namun hanya lima berada di rumah ketika kejadian.
Empat berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lelaki warga emas dipercayai terperangkap.
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan rentung di bawah timbunan kebakaran di bilik tidur pada jam 2.18 pagi selepas operasi pencarian intensif dijalankan.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambah Tiong.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


