awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Ipoh

Bernama
Bernama
18/05/2025
04:40 MYT
Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Ipoh
Mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah terbabit. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang warga emas rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Lorong Tebing Tinggi 2, Kampung Tebing Tinggi di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah terbabit.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada 2.35 pagi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera.
"Sebaik tiba, kebakaran melibatkan sebuah rumah musnah terbakar sebanyak 90 peratus dan komander operasi mengarahkan pasukan bomba untuk melakukan teknik RECEO, satu aliran hos 0.3 meter dengan dua pancutan dari tangki jentera.
"Mangsa ditemukan rentung ketika proses pemeriksaan dan pemadaman susulan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 5.44 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#warga emas
#rentung
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami