awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
07/07/2024
02:15 MYT
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Lelaki warga ermas mengalami kerugian sebanyak RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa berusia 64 tahun itu telah berurusan dengan inidvidu tidak dikenali melalui laman Facebook sebelum meneruskan komunikasi melalui aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan keuntungan besar yang ditawarkan menerusi pelaburan mata wang digital itu telah diberikan pautan laman web kakauet.com.
"Mangsa kemudiannya memasukkan maklumat di dalam platform tersebut.
"Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar bekrata mangsa kemudiannya menerima mesej daripada suspek menyatakan akaun pelaburannya telah disita oleh Kementerian Kewangan Amerika Syarikat dan perlu membuat bayaran sebanyak tiga peratus dari jumlah pelaburan untuk menebusnya.
"Mangsa tidak berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu dan membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#sindiket pelaburan
#mata wang digital
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan