ISTANBUL: Warga Turkiye terus bersemangat bersolidariti dalam menzahirkan rasa simpati kepada warga Gaza di Palestin yang terus berdepan kekejaman dan kezaliman rejim Israel.
Menerusi perarakan Don’t Forget Gaza, ribuan warga Turkiye bersama masyarakat daripada pelbagai negara memulakan perarakan dari Beyazit Square menuju ke lokasi ikonik, Masjid Hagia Sofia.
Antara yang turut serta termasuk delegasi dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.
Menurut seorang rakyat Malaysia, Mohammad NulHakim yang turut serta dalam perhimpunan itu, dia teruja melihat semangat kebersamaan yang ditunjukkan rakyat Turkiye dalam perarakan solidariti berkenaan.
“Saya selalu melihat perhimpunan besar sebegini di media sosial yang memaparkan semangat masyarakat seluruh dunia yang bersatu untuk Palestin.
“Ini kali pertama saya menyertai perarakan ini di luar negara dan saya berharap agar semangat ini akan kekal konsisten dilaksanakan di seluruh dunia bagi memastikan nasib masyarakat Gaza di Palestin terus terbela buat selamanya,” katanya.
Bagi Sarah Chibani dari Algeria, dia menyertai acara ini bagi menzahirkan rasa cinta dan simpatinya terhadap kekejaman yang didepani warga Palestin setiap hari atas kerakusan rejim Zionis.
“Saya berada di sini semata-mata untuk memberitahu kepada komuniti dunia betapa pentingnya untuk kita semua terus membela nasib warga Palestin.
“Kekejaman yang dilakukan rejim ini sudah melampaui batas kemanusiaan dan nyata tidak boleh diterima sama sekali.
“Kita perlu bersatu menyatakan ketidakpuasan hati kita demi masyarakat kesejahteraan warga Palestin,” katanya.
Sementara itu, Sarah Abdillah dari Lubnan pula memohon agar dunia terus memboikot Israel dan pimpinan utamanya, Benjamin Netanyahu.
Tambahnya, tindakan kejam rejim Zionis yang berterusan pasti akan memberi impak besar kepada kerajaan pimpinan Netanyahu pada masa akan datang kerana masyarakat dunia kini terus bersatu menyokong pewujudan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
“Netanyahu, masa anda telah tiba, anda di ambang kekalahan.
“Penduduk global kini jelas memahami kekejaman yang anda lakukan, saya akan terus mendoakan kesejahteraan bagi warga Palestin,” ujarnya.
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa sejak 7 Oktober tahun lalu.
Syafik Shukri Jalil
Sun Apr 21 2024
(Dari kiri) Sarah Chibani, Mohammad NulHakim dan Sarah Abdillah bersama masyarakat daripada pelbagai negara menunjukkan solidariti ke atas nasib rakyat Palestin. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Warga global bersatu di Turkiye, terus bersolidariti demi Palestin
Ribuan warga Turkiye bersama masyarakat pelbagai negara berarak dari Beyazit Square menuju ke lokasi ikonik, Masjid Hagia Sofia.
Siti Nurhaliza tersentuh lihat solidariti rakyat Malaysia bantu Palestin
Siti tidak dapat menahan sebak ketika menzahirkan terima kasih atas kemurahan hati rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin.
Piala Asia buka mata dunia tragedi di Palestin
Penganjur turut melakukan 'minute of silence' dalam setiap perlawanan membabitkan Palestin.
Dunia turun ke jalanan, protes kekejaman terhadap Palestin pada 13 Januari - BDS Malaysia
Malaysia bersama masyarakat dunia akan turun ke jalanan bagi menyatakan bantahan terhadap pembantaian terhadap Palestin pada Sabtu.
Kepung Demi Palestin: Piket aman gesa gencatan senjata, terus bersolidariti
Dianggarkan 100 peserta menyertai 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin'selama enam hari bermula malam ini.
Program Solidariti Palestin, manifestasi sokongan KKD terhadap rakyat Palestin
Penasihat PCKKD berbangga dengan penganjuran program julung kali diadakan dan berharap inisiatif itu turut menjadi contoh kepada agensi lain.
Ratusan ribu berhimpun di Jakarta zahir sokongan kepada Palestin
Kebanyakan peserta perhimpunan memakai pakaian serba putih, membawa sepanduk #FreePalestine, dan mengibarkan bendera Palestin.
Jangan politikkan penjawat awam bersolidariti dalam isu Palestin
CUEPACS menggesa agar solidariti yang ditunjukkan oleh penjawat awam terhadap kesengsaraan rakyat Palestin tidak dikecam atau dipolitikkan.
Hujan tidak halang rakyat pamer sokongan, solidariti kepada Palestin
Cuaca mendung serta hujan di Selangor dan Pulau Pinang sejak petang tadi tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun bagi menzahirkan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.