awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Istana Negara merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Bernama
Bernama
06/06/2021
20:46 MYT
Warga Istana Negara merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Agong
Yang di-Pertuan Agong berkenan menangguhkan semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu ke satu tarikh yang lain.
KUALA LUMPUR: Warga Istana Negara merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, pada Isnin.
Warga Istana Negara melalui hantaran di Facebook mendoakan Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Turut didoakan semoga Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta putera-putera, puteri-puteri dan kaum kerabat Seri Paduka Baginda berdua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah, dilanjutkan usia dan berada dalam keadaan sihat walafiat.
"Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku," kata kenyataan itu.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan menangguhkan semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu ke satu tarikh yang lain setelah mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan demi melindungi nyawa rakyat ekoran pandemik COVID-19.
Turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda, adalah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Hari Keputeraan
#tahniah
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan