KUALA LUMPUR: Di sebalik kerancakan hidup suasana bandar dengan bangunan pencakar langit serta pelbagai gedung membeli-belah dan kemudahan, ia sebenarnya menyumbang kepada tekanan kesihatan mental warga kota.
Menurut pakar, berbanding penduduk di kampung, warga kota lebih mudah mengalami gangguan emosi yang turut menjejaskan keadaan mental akibat peningkatan kos sara hidup, terutamanya kehidupan pasca COVID-19.
Pakar Psikiatri dan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, warga kota yang mahu mengekalkan gaya hidup tinggi pasti tertekan kerana perlu lebih memerah keringat untuk memperolehi pendapatan yang boleh menampung semua perbelanjaan.
Keadaan ini sudah tentunya jauh berbeza dengan mereka yang tinggal di kampung dan akhirnya ada warga kota yang dibelit hutang keliling pinggang kerana tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik.
"Sepanjang tempoh pasca COVID-19, ada yang tinggal di bandar berhadapan dengan kemungkinan kehilangan pekerjaan ditambah kos sara hidup yang tinggi. Kedua-dua faktor ini berkemungkinan besar punca utama stres psikologi dalam kalangan penduduk bandar, " beliau memberitahu Bernama.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dipetik berkata Mac lalu bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mempunyai bilangan tertinggi penduduk yang dilanda kemurungan dan kebimbangan (anxiety) berbanding negeri lain.
Beliau berkata, hasil saringan kesihatan mental 2022 ke atas 336,900 individu di seluruh negara yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati, 70 peratus daripada penduduk WPKL paling terkesan dengan kemurungan dan kebimbangan akibat beberapa faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi.
KOS HIDUP YANG TINGGI
Menurut Dr Zaliha, kajian berkenaan juga mendapati yang paling mudah terkesan adalah mereka dalam kumpulan B40 dan miskin bandar, sementara isu kesihatan mental dalam kalangan remaja dan belia adalah akibat masalah kewangan dan perhubungan.
Faktor lain termasuk buli, tingkah laku berisiko tinggi, rasa rendah diri atau jangkaan tinggi terhadap pencapaian diri sendiri.
Berkongsi pandangan Dr Mohanraj, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kos sara hidup adalah faktor utama menyumbang kepada isu kesihatan mental di Kuala Lumpur sejak kadar harga di kawasan bandar lazimnya lebih tinggi daripada negeri lain di Malaysia.
"Sewa rumah dan harga barangan serta perkhidmatan terutama barangan berkaitan makanan adalah lebih tinggi. Apabila kos sara hidup meningkat, kuasa membeli pendapatan isi rumah akan berkurangan," katanya.
Menurut pasaran hartanah digital Malaysia, Propertyguru.com, purata perbezaan sewa bulanan rumah teres di Malaysia di Kuala Lumpur dan Sarawak adalah sebanyak RM200.
TEKANAN PENDIDIKAN
Institut Kesihatan Malaysia ada menyatakan, di Malaysia, punca utama tekanan yang dialami pelajar adalah masalah fokus akibat maklumat yang berlebihan, tekanan beban kerja di samping peperiksaan yang sudah tentunya menjejaskan kesihatan mereka.
Pada Jun 2017, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), menulis nota kepada ibunya menyatakan bahawa dia tidak tertanggung tekanan dalam hidupnya sebelum membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Setapak.
Mengulas tentang perkara ini, Pensyarah Psikologi, Kolej Raffles Kuala Lumpur Farhana Nabila Fakaruddin berkata, subjek kursus yang sukar seperti kursus reka bentuk atau tugasan teori yang berterusan boleh menyebabkan pelajar menjadi tertekan dan boleh menjurus kepada kemurungan atau kebimbangan sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal.
"Di samping tekanan pendidikan, pelajar yang datang dari negeri lain ke Kuala Lumpur juga perlu menyesuaikan diri kerana mereka boleh berasa sunyi dan resah," beliau memberitahu Bernama.
Farhana juga menyatakan bahawa pesakit yang mengalami kemurungan dan kebimbangan akan segera mendapatkan rawatan pakar psikiatri daripada berjumpa kaunselor atau pakar psikologi tanpa menyedari bahawa mereka salah tanggapan ujian skrin dalam talian yang mungkin menunjukkan hasil bahawa mereka dalam peringkat yang teruk.
"Biasanya pakar psikiatri akan memberi ubat-ubatan tetapi hanya untuk tahap yang teruk dan sekiranya pesakit tidak mengambil ubat, gejala kemurungan akan menjadi buruk sehinggakan mereka mungkin mempunyai kecenderungan bunuh diri, mendengar suara atau halusinasi," katanya.
MENGHARAPKAN PERUBAHAN
Bernama juga menemu bual beberapa individu yang sedang mengalami kemurungan serta kebimbangan, untuk berkongsi pengalaman mereka.
Seorang tukang roti berusia 29 tahun yang enggan namanya disebut berkata, punca sebenar kemurungan yang beliau alami adalah daripada pengalaman dibuli sebelum ini oleh rakan sebaya serta guru. Ini ditambah pengalaman membesar dalam keluarga yang tidak stabil dan emosi yang terganggu akibat isu saiz tubuh.
"Kita terperangkap dalam perlumbaan untuk menjadi lebih baik dan terpaksa bekerja keras supaya dapat membayar bil perbelanjaan di samping memenuhi komitmen keluarga. Semuanya ini akan hanya membuatkan kita lemas dengan tekanan rakan sebaya serta isu kesihatan mental.
"Saya amat berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan yang masih belum dilakukan. Saya juga berharap pihak kerajaan tidak akan menjadikan mereka yang cuba membunuh diri sebagai penjenayah.
"Amat mengganggu perasaan untuk melihat seseorang yang cuba membunuh diri, kemudian berjaya dipujuk untuk tidak melakukannya, dan dilihat diiringi polis ke hospital untuk penilaian mental," katanya.
Sementara itu, bekas guru Rukshan Gill berkata, tekanan di tempat kerja serta runsing tidak mempunyai cukup wang bagi memenuhi komitmen, membuatkan beliau mendapat anxiety.
Menurut Rukshan, beliau amat bergantung kepada sistem sokongan, suaminya serta rakan-rakan yang banyak membantu ketika mengalami anxiety attack. Namun beliau juga berharap kerajaan serta sektor swasta berusaha lebih gigih untuk membantu mereka yang dilanda isu kesihatan mental.
"Saya berharap kerajaan serta sektor swasta boleh menyediakan sesi kesihatan mental yang mampu bayar dan menjadikan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada pakej insurans agar dapat dimanfaatkan ramai." tambahnya.
Di samping perkhidmatan yang disediakan kerajaan, satu lagi pilihan untuk mereka yang mempunyai masalah kemurungan ialah seorang pendengar atau penyokong. Pilihan ini membolehkan mereka yang tertekan dapat meluahkan perasaan. Namun, isu kesihatan mental ini perlu difahami secukupnya.
Pengarah Urusan The Inner Lynk Therapy and Wellness Centre, Gianina Ginnie Kon berkata, kes kesihatan mental masih meningkat akibat stigma terhadap mereka yang mengalami keadaan abnormal atau gangguan.
Menurut beliau, kurang kesedaran, pendidikan, tanggapan setrta bimbang dengan mereka yang mempunyai penyakit mental boleh menambah stigma. Keadaan itu juga boleh menyekat orang yang mempunyai penyakit mental daripada mendapat bantuan, menyesuaikan diri dalam masyarakat dan hidup bahagia serta selesa.
Dr Zaliha dipetik berkata, terdapat sebanyak 1,161 klinik kesihaan, 58 hospital, 34 pusat kesihatan mental komuniti (MENTARI) serta empat institusi mental dan cukup kelengkapan untuk menangani isu kesihatan mental termasuk pengesanan awal serta pemulihan.
Bernama
Wed May 24 2023
Warga kota lebih mudah mengalami gangguan emosi yang turut menjejaskan keadaan mental akibat peningkatan kos sara hidup. - Gambar hiasan
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Tokong lebih satu abad, antara tumpuan pengunjung sempena Tahun Baharu Cina
Tokong Sin Sze Si Ya antara lokasi tumpuan masyarakat Cina serta pelancong asing dan tempatan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024
DBKL kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.
DBKL diarah tingkat rondaan atasi ulat parkir
DBKL diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota.
Warga kota stres gaya hidup KL
Warga kota lebih mudah mengalami gangguan emosi yang turut menjejaskan keadaan mental akibat peningkatan kos sara hidup.
Warga kota kecewa sikap penjaja berniaga di laluan pejalan kaki, petak parkir
Tindakan peniaga menghalang laluan, menyesakkan trafik, kotor, dan mencacatkan pemandangan sekitar ibu negara.
Isu miskin bandar: Polisi dan program kerajaan perlu berkesan bantu golongan rentan - Pakar
Setiap program yang dilakukan selama ini perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan.
LPT 1, Jalan Kuantan-Segamat, dijangka sesak esok dan lusa
Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Jalan Kuantan-Segamat dijangka akan mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.
Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga hujung tahun - Annuar
Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Julai hadapan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.
Kajian UNICEF, UNFPA: Pendapatan isi rumah penengah meningkat 23 peratus berbanding tempoh PKP
pendapatan isi rumah penengah di 16 flat kos rendah di Kuala Lumpur meningkat sebanyak 23 peratus berbanding semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu kepada RM2,233.
1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1
Pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.